Friday, July 3, 2009

""

Sunday, February 8, 2009

Kerajaan Perak Tumbang Angkara Siapa?

BH:KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11. 

Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta
. Seterusnya...

Selepas berita ini tersiar maka timbul persoalan dibenak saya, apa dah jadi dengan kerajaan negeri Perak??? Dalam tempoh seminggu Berita Harian/Utusan/NST/TheStar online menerima kunjungan lebih daripada 4,000 setiap minit. 

Saya mempunyai ramai kawan berasal dari Perak dan merujuk soalan tersebut kepada mereka.

Ada yg memberi respon dengan menyalahkan kerajaan yg memerintah dan ada yg mengatakan salah MB negeri itu...

BLOG UCAPAN TERIMA KASIH PEMIMPIN

Bismillahirahmaninirohim,

Syukur hehadrat illahi kerana memberikan ilham untuk menulis blog, terima kasih YB.  Idea ini lahir pada waktu subuh 5.43 pagi sebelum sembahyang subuh kerana semalam tidur awal letih sangat pada hari sebelumnya.

Apabila saya bangun, sejenak terfikir kesihan kepada pemimpin yg setiap hari terpaksa mengurang waktu tidur mereka sehingga ada yg tidur 4 jam sehari kerana memikirkan hal ehwal rakyat jelata.

Terlintas difikiran saya, bahawa selama ini saya sebagai rakyat Malaysia tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada mereka. Malahan saya cuma banyak memikirkan kelemahan dan kesilapan pemimpin bila bersembang dan berbual dgn kawan2.

Blog ini ditulis sebagai tanda penghargaan saya atas pengorbanan para pemimpin Malaysia yg banyak berjuang,berkorban masa,tenaga dan pemikiran terhadap rakyat seperti saya.

Quran: "Taat lah kamu kepada Pemimpin...."